PSM sasar KLSC bertaraf dunia

Oleh Penulis Jemputan 13 Disember 2017 89
PSM sasar KLSC bertaraf dunia
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman, menyasarkan tempoh lima tahun untuk KL Sports City menjadi antara yang bertaraf dunia
tanpa menggunakan peruntukan kerajaan.


Selepas berakhir Sukan SEA 2017, Azman berpuas hati dengan segala fasiliti dan infrastruktur di KL Sports City yang menyaksikan kelancaran temasya dwitahunan itu berlangsung.

Meskipun masih ada yang perlu diperbaiki selepas ini, dia menyasarkan KL Sports City akan menjadi venue terbaik bukan sahaja ketika kejohanan atau temasya berlangsung tetapi juga untuk kemudahan orang awam setiap masa. 

Untuk itu, segala penambahbaikan selepas ini harus dilakukan dengan teliti untuk mencapai sasaran lima tahun berada pada tahap terbaik, khususnya daripada segi teknologi dan kemudahan infrasturuktur.

“Kami mahu menyempurnakan KLSC kerana terdapat bahagian yang masih belum disempurnakan. Kami meletakkan sasaran untuk menjadi venue bertaraf lima bintang tanpa peruntukan daripada kerajaan,” katanya.

PSM telah selesai menandatangani perjanjian kedua, kali ini bersama Edotco Malaysia yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan telekomunikasi.

Perjanjian selama sembilan tahun itu melibatkan semua stadium dan venue sukan di KL Sports City.

“Edotco akan memastikan sistem telekomunikasi yang digunakan adalah yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini,” tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen