Program MACE pastikan atlet tidak ketinggalan dalam pelajaran

Oleh Penulis Jemputan 19 Disember 2018 101
Program MACE pastikan atlet tidak ketinggalan dalam pelajaran
Satu negeri, satu universiti kepada setiap atlet -- itu harapan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kepada program MACE agar atlet negara tidak keciciran dalam pelajaran.

Menurut Syed Saddiq, beliau berharap program MACE atau Malaysian Athlete Career & Education akan diperluas sehingga satu negara bagi memudahkan akses atlet kepada pendidikan.

Walaupun masih jauh daripada sasaran, beliau berharap matlamat itu dapat direalisasikan dengan permulaan dua universiti yang bersetuju menandatangani memorandum persefahaman (MOU), iaitu Universiti Kuala Lumpur(UniKL) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) selain tiga unversiti sedia ada.

Program MACE itu ternyata mampu membuka ruang kepada atlet dan bekas atlet negara melanjutkan pengajian ke peringkat universiti tanpa mengorbankan karier sukan mereka.

"Setiap negeri terdapat satu universiti yang menjalinkan kerjasama bersama kami dapat membantu atlet untuk mendapatkan pengajian," kata Syed Saddiq.

Antara kerjasama yang bakal dinikmati atlet ialah mereka yang terlibat dengan penyertaan kejohanan atau latihan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menikmati pelepasan selain syarat kemasukan lebih fleksibel di dalam program yang dipohon.

Malah, mereka mampu mendapat biasiswa dalam bentuk pengecualian yuran berdasarkan pencapaian sukan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen