Pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, Erry Hidayat, mendedahkan terdapat perlakuan mencurigakan dalam kalangan pesaingnya ketika saingan angkat berat kategori 77 kilogram, namun tidak menyangka ia bersabit isu doping.

Semasa pertandingan, Erry terkejut dengan prestasi beberapa peserta berdasarkan persembahan dalam Sukma bulan lalu.

"Semasa pertandingan, saya tidak melihat sesuatu yang ganjil, namun pelik dengan peningkatan mendadak prestasi beberapa pencabar saya.

"Sedangkan beban angkatan sebegitu memerlukan tempoh persediaan yang lama, sebaliknya tiba-tiba sahaja mereka mampu menyamai beban angkatan bertaraf kebangsaan.

"Sesiapa yang terjebak dengan doping, mereka mesti dilanda kebimbangan terhadap masa depan.

"Atlet sendiri boleh fikir risiko yang bakal mereka hadapi," katanya.