WALES 23 PERANCIS 27

Wayne Pivac tidak berpuas hati dengan pengadil perlawanan selepas Wales mengalami kekalahan kepada Perancis menyaksikan juara bertahan itu memiliki peluang yang tipis untuk mempertahankan gelaran saingan Enam Negara.


Romain Ntamack merupakan bintang perlawanan apabila Les Bleus menamatkan penantian 10 tahun untuk meraih kemenangan di Cardiff, mengatasi Wales 27-23 semalam.

Ntamack menjaringkan 17 mata di Stadium Principality untuk Perancis yang merakamkan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan tahun ini, meletakkan mereka di landasan terbaik untuk merangkul gelaran Enam Negara buat pertama kali dalam tempoh sedekad.

Bagaimanapun, Wales berasakan mereka seharusnya diberikan penalti oleh pengadil, Matthew Carley, atas pelanggaran di antara Paul Willemse dan Ken Owens.

Ketua jurulatih, Pivac berkata, "Kami berasakan pengadil telah banyak melakukan keputusan yang salah dalam perlawanan ini.

"Ia telah membunuh momentum kami."