Tuan rumah, Queens FC, muncul juara kejohanan bola sepak wanita 9 sebelah merebut Piala Sri Kandi 2019 yang berakhir di Padang Ipoh petang tadi.

Queens muncul juara selepas menumpaskan KRS FC 2-1 dalam final untuk nembawa pulang RM1,500 manakala lawan dari Taiping itu terpaksa berpuas hati dengan RM1,000.

Queens mara ke perlawanan akhir selepas mengatasi Ex Maju Girls 1-0 manakala KRS menumpaskan WSF Malaysia 2-1 melalui sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Bagaimanapun, WSF menebus kehampaan selepas menundukkan Ex Maju Girls 4-0 untuk menduduki tempat ketiga dan meraih RM750.

Sebanyak 10 pasukan menyertai kejohanan julung-julung kali anjuran Perak Queens Club dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Persatuan Pemain Bolasepak Wanita Malaysia dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) itu.