Piala Seri Mutiara: Matrix akur kemampuan KCC Egis

Oleh Penulis Jemputan 3 Oktober 2018 90
Piala Seri Mutiara: Matrix akur kemampuan KCC Egis
NS Matrix terpaksa akur dengan kekalahan 86-91 kepada Jeonju KCC Egis dalam aksi pertama Kejohanan Bola Keranjang Piala Seri Mutiara, sebentar tadi.

Matrix yang hadir ke dalam kejohanan ini sebagai wakil Malaysia turun dengan misi mencatat kemenangan di Stadium MABA, tambahan mereka mencatatkan kemenangan ke atas Macau Black Bears 91-84 dalam aksi terdahulu.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian dalam pertemuan dengan KCC Egis yang memberi saingan sengit dalam suku pertama.

Matrix ketinggalan 21-20 sebelum mempertingkatkan rentak permainan dalam suku kedua tetapi menamatkan separuh masa pertama 48-43.

Kacuol Dut Jok menyumbang 23 mata untuk Matrix, namun ia tidak cukup untuk menafikan KCC Egis daripada merakamkan kemenangan 91-86.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen