Piala Raja Iskandar Dzulkarnain: CAT baham SHAH United 

Oleh Azizan Hashim 15 Januari 2020 35
Piala Raja Iskandar Dzulkarnain: CAT baham SHAH United 
Kannachat Meemak muncul wira pasukannya, CAT FC, ketika membaham Shah United FC 10-1 dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Futsal Antarabangsa Jemputan Powernet di Stadium Indera Mulia, Ipoh, hari ini.

Pemain itu menjaringkan lima gol dalam perlawanan berat sebelah merebut Piala Raja Iskandar Dzurkarnain untuk kategori lelaki itu. 

Wakil dari Gajah Perang itu tidak mengambil masa untuk merobek kubu lawan apabila Saharat Inpan membuka tirai jaringan di minit kedua. 

Kannachat menemui menemui sasaran seminit kemudian, diikuti Suttipong Srioon pada minit ke-15 sebelum Kannachat mengukuhkan kedudukan, dua minit kemudian. 

Shah United mendapat gol saguhati melalui Fakhri Bangkul pada minit ke-18 tetapi Sirichai Aunwamdee menjadikan kedudukan 5-1 sebelum rehat. 

CAT menambah lima lagi gol dalam separuh kedua melalui Sirichai, Jirayu Somlaem tatkala Kannachat meledakkan tiga lagi jaringan untuk menamatkan cabaran lawan dari Brunei itu. 


Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen