Piala Dunia Ragbi: Wales tempah slot ke suku akhir

Oleh Staff Writer 13 Oktober 2019 139
Piala Dunia Ragbi: Wales tempah slot ke suku akhir
WALES 35 URUGUAY 13

Josh Adams merekodkan try yang kelima dalam saingan Piala Dunia Ragbi ketika Wales menewaskan Uruguay 35-13 di Stadium Kumamoto untuk melangkah ke suku akhir berdepan Perancis.


Skuad kendalian Warren Gatland itu berusaha keras untuk memastikan mereka menghuni tangga teratas Kumpulan D.

Mereka memastikan lima try yang menyaksikan mereka melangkah ke suku akhir berdepan Les Bleus di Stadium Oita minggu hadapan manakala Australia bertemu England di venue yang sama sehari sebelum mereka berentap.

Nicky Smith menjaringkan lima mata tunggal dalam separuh masa pertama sebelum Adams mempamerkan aksi cemerlang, sekali gus muncul penjaring terbanyak kejohanan dalam separuh masa kedua, dengan Tomos Williams dan Gareth Davies turut berjaya menyumbangkan mata.

Uruguay mempamerkan permainan bertahan yang cemerlang ketika tersingkir dalam saingan Piala Dunia kali ini, dengan German Kessler menjaringkan satu-satunya try dan Felipe Berchesi meledak lapan mata menerusi penalti.

Tiga try daripada Hallam Amos dibatalkan tetapi Wales berjaya merakamkan empat kemenangan daripada empat perlawanan untuk memiliki kelebihan tiga mata ke atas The Wallabies.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen