WALES 29 FIJI 17

Wales mara ke suku akhir Piala Dunia Ragbi selepas Josh Adams melakukan hatrik untuk membenarkan skuad bimbingan Warren Gatland itu menang 29-17 ke atas Fiji di Oita.


The Fijians mendahului 10-0 hasil try yang disempurnakan oleh Josua Tuisova dan Kini Murimurivalu dalam tempoh lapan minit pertama, namun Wales bangkit menerusi dua try daripada Adam yang menyaksikan pertembungan yang sengit serta dipalit kontroversi apabila beberapa try yang dinafikan pengadil serta layangan kad kuning.

Fiji kembali mendahului menerusi try penalti, namun Wales berjaya mencari jalan untuk menembusi benteng lawan pada penghujung permainan hasil gerakan daripada Jonathan Davies.

Kemenangan itu menyaksikan Wales mengungguli Kumpulan D manakala kekalahan Fiji membuat mereka tersingkir dan menjamin tempat untuk Australia ke pusingan seterusnya.