Ben Spencer akan menyertai skuad England sebagai pengganti Willi Heinz menjelang aksi final Piala Dunia Ragbi.

Finalis Piala Dunia itu mengumumkan hari ini bahawa pemain Saracens, Spencer, dalam perjalanan ke Jepun untuk menggantikan Heinz.

Heinz bakal menjalani penilaian terhadap kecederaan hamstring yang dialami ketika meraih kemenangan 19-7 ke atas juara bertahan, New Zealand.

Spencer -- yang tampil beraksi tiga kali bersama skuad kebangsaan -- terlepas daripada skuad 31 pemain bimbingan Eddie Jones itu untuk saingan Piala Dunia, namun menyertai salah satu daripada kem latihan England sebelum berlepas ke Tokyo.

England akan berdepan di antara Wales atau Afrika Selatan dalam aksi final di Yokohama, 2 November ini.