Piala Dunia Ragbi: Jones mahu England halang Afrika Selatan

Oleh Staff Writer 1 November 2019 92
Piala Dunia Ragbi: Jones mahu England halang Afrika Selatan
Eddie Jones berkata England tidak boleh memberikan Afrika Selatan peluang untuk bermain dengan cara mereka jika mahu menjulang gelaran menjelang final Piala Dunia Ragbi di Stadium Antarabngsa Yokohama, Tokyo esok.

England memaparkan aksi dominan ketika menewaskan juara bertahan, New Zealand, 19-7 dalam separuh akhir untuk mara ke final buat kali pertama sejak edisi 2007.

Dalam final terakhir mereka itu, England turut berdepan Afrika Selatan, yang menjulang kejuaraan dengan kemenangan 15-6 di Paris.

Afrika Selatan kendalian Rassie Erasmus, bergelut menewaskan Wales untuk ke final dan walaupun England memaparkan aksi lebih meyakinkan ketika menyingkirkan All Blacks, Jones menegaskan tiada ruang untuk mereka berasa selesa.

Ketua jurulatih England itu mahu pasukannya meraih kelebihan awal seperti yang dilakukan Manu Tuilagi, yang menghasilkan try pada minit kedua untuk mengejutkan New Zealand.

"Kami hanya perlu turun ke luar sana dan beraksi," katanya dalam sidang media.

"Perkara terbaik buat kami adalah kami sudah melakukan persiapan.

"Kami tahu kami sudah melakukan persiapan dan bersedia untuk perlawanan ini.

"Kami sudah menghabiskan empat tahun untuk menghadapi perlawanan ini.

"Kerana itu, pemain kami lebih tenang, kerana itu juga saya lebih tenang, kerana kami tahu kami sudah menjalankan tugas itu.

"Kami tidak terlalu santai untuk memikirkan apa yang akan dihadapi.

"Kami tahu Afrika Selatan akan berusaha sebaik mungkin.

"Mereka mempunyai sejarah sebagai pasukan yang memiliki kekuatan fizikal terbaik di dunia, jadi kami perlu menghalang mereka daripada melakukan perkara itu.

"Pemain saya tahu apa yang akan mereka hadapi, semua tahu apa yang akan ditawarkan lawan.

"Namun, disebabkan kami sudah melakukan persiapan terbaik, kami boleh turun ke sana tanpa perasaan gentar.

"Kami perlu turun ke luar sana dan menunjukkan permainan kami.

"Kami perlu mengawal permainan berbanding Afrika Selatan.

"Kami tidak boleh beraksi dengan mengharapkan Afrika Selatan akan membenarkan permainan kami.

"Jadi, keseluruhan minda kami sepanjang minggu ini adalah untuk mengawal permainan dan menghalang Afrika Selatan.

"Beraksi tanpa gentar, di mana kami boleh membawa hala tuju permainan kami dan tahap mana yang kami boleh bawa permainan kami," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen