JEPUN 28 SCOTLAND 21

Jepun membuat Scotland terkesima selepas mempamerkan persembahan mengagumkan di Yokohama yang sekali gus menghantar mereka ke suku akhir Piala Dunia Ragbi buat kali pertama.

Bermain ragbi abad ke-21 berdepan lawan yang ketandusan idea untuk meraih mata membenarkan Jepun merakamkan kemenangan 28-21 dan bakal bertemu Afrika Selatan di Tokyo, Ahad depan.

Kedua-dua pasukan memiliki rekod pertembungan yang sengit sebelum ini dan The Springboks harus berwaspada dengan dengan ancaman skuad Brave Blossoms itu.

Kemenangan Jepun ke atas Afrika Selatan dalam Piala Dunia edisi sebelum ini bakal mewarnai perlawanan yang bakal berlangsung untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Empat kemenangan daripada empat perlawanan berjaya dilakar tuan rumah, dengan try yang disumbang oleh Kotaro Matsushima, Keita Inagaki, Kenki Fukuoka membenarkan mereka mendahului 21-7 sebelum Fukuoka menambah satu lagi dalam separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan memihak Negara Matahari Terbit itu.

Scotland sebelumnya mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika perlawanan itu tidak dilangsungkan gara-gara ancaman Taufan Hagibis.

Andainya terdapat kelegaan perlawanan itu tetap dilangsungkan, hanya seketika Scotland kelihatan mampu meraih kemenangan untuk memintas lawan mereka itu ke suku akhir.

Finn Russel melakukan try minit ketujuh disusuli conversion Greig Laidlaw, namun selepas itu Scotland dipaksa banyak bertahan sambil Jepun menyerlahkan penguasaannya bagi mencipta kemaraan bersejarah ini.