Piala Dunia Ragbi: Aksi ampuh England singkir Australia

Oleh Penulis Jemputan 19 Oktober 2019 31
Piala Dunia Ragbi: Aksi ampuh England singkir Australia
ENGLAND 40 AUSTRALIA 16

Jonny May memahat penampilan ke-50 dengan dua try ketika membantu England membalas dendam ke atas Australia apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Ragbi dengan kemenangan 40-16 di Oita hari ini.


Dua try daripada pemain berusia 29 tahun itu membenarkan England mendahului permainan dua kali ke atas lawan yang menyingkirkan mereka di laman sendiri empat tahun lalu.

Australia telah ditewaskan daripada setiap aspek dalam perlawanan terakhir yang dikendalikan oleh Michael Cheika itu sementara dua lagi try menyusul daripada Kyle Sinckler dan Anthony Watson dalam separuh masa kedua.

Skuad kendalian Eddie Jones itu kini telah meraih tujuh kemenangan berturut-turut ke atas The Wallabies sejak mereka tewas pada 2015 dan bakal berdepan juara bertahan, New Zealand, atau Ireland dalam separuh akhir.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen