Peserta dari Indonesia menguasai pertandingan papan luncur air bagi kategori lelaki yang berlangsung di Pantai Kalampunian di Tanjung Simpang Mangayau, Kudat, hari ini.

I Made Darmayasa muncul sebagai juara manakala Demian Ammar, Putu Arya Gunata dan Putu Arya Gunata masing-masing di tempat kedua, ketiga serta keempat.

Bagi kategori wanita, gelaran juara disandang peserta Finland, Tytti Beltran, manakala tiga peserta Malaysia, Evita Ceresa, Emalina Aimi serta Jessica Ukiu masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat.

Kategori 'GROM' pula dimenangi Ayep Jasni manakala Chris Jericho Lisad, Marcheles Alonso Masip, dan Hakimi Rizal Azman masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat.

Seramai 44 peserta termasuk dari luar negara menyertai pertandingan selama dua hari itu yang diadakan sempena Festival Papan Luncur Air dan Muzik Kudat.