Sehari selepas semua atlet dan pegawai terpilih menyatakan persetujuan untuk menyertai kem latihan berkluster program Road to Tokyo, pasukan tenis berkerusi roda negara pula tiba-tiba diganggu rasa tidak pasti.

Rasa tidak pasti yang mendorong perasaan berbelah bahagi kem tenis berkerusi roda negara untuk menyertai program tersebut.

Situasi ini berpunca daripada jurulatih tenis berkerusi roda, Ashaari Zainal kerana enggan menyertai pasukan akibat isu peribadi.

Keputusan tersebut memberikan impak kepada dua atlet tenis berkerusi roda, Abu Samah Borhan dan Yushazwan Yusoff terpaksa turut mengikuti keputusan jurulatih mereka akibat keputusan majoriti.

"Ia merupakan program yang bagus, tetapi jika ia masih lagi diteruskan di Jalan Duta, saya dapat turun melatih atlet tetapi saya masih lagi memiliki komitmen kepada keluarga saya," kata Ashaari.

"Pada mulanya, kami sebagai atlet bersetuju dengan program yang telah ditetapkan MSN, tetapi jurulatih kami memiliki alasan tersendiri dan sedia maklum dengan mengapa kami perlu menarik diri daripada program ini," kata Abu Samah.

"Kami mengikut keputusan majoriti dan akan meneruskan latihan seperti biasa."