Persatuan sukan bakal berdepan tindakan mahkamah -- MOM

Oleh Staff Writer 6 Disember 2018 169
Persatuan sukan bakal berdepan tindakan mahkamah -- MOM
Beberapa persatuan sukan bakal berdepan tindakan mahkamah susulan gagal membayar kembali wang yang dikeluarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam Sukan Asia Indonesia, Ogos lalu.

Perkara itu didedahkan Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria, ketika mesyuarat exco badan induk itu, petang tadi.

Sebanyak sembilan persatuan sukan yang bertanding di bawah Kategori B dikenal pasti gagal menjelaskan hutang kepada pihak MOM setelah badan induk itu bertindak mendahulukan perbelanjaan bagi membantu atlet bertanding dalam Sukan Asia lalu.

Dianggarkan MOM kini menanggung hutang sebanyak RM300,000.

MOM masih membuka ruang untuk persatuan sukan berkaitan tampil membincangkan pelan pembayaran secara ansuran, namun jika gagal, MOM akan membawa kes itu ke mahkamah.

"Kami telah menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan dan kami akan mendapatkan maklum balas mereka menjelang tahun depan.

"Dengan pemerkasaan proses pemilihan itu, kami berharap ia dapat digunakan dalam Sukan SEA Filipina 2019," katanya.

Sehubungan itu, antara pendekatan yang akan dilaksanakan MOM selepas ini adalah mewajibkan kesemua persatuan sukan yang akan bertanding dalam mana-mana temasya menjelaskan kesemua bayaran dalam tempoh seminggu sebelum saingan berlangsung.

"Mereka sepatutnya sedar tanggungjawab mereka.

"Kami berharap mereka akan tampil untuk membincangkan perkara tersebut," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen