Semua pihak berkepentingan perlu bersedia untuk menerima keputusan laporan Program Podium apabila bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz, mendedahkan beberapa fakta yang menjurus kepada kegagalan program itu.

Dalam satu perbualan bersama wartawan Nadi Arena, Adam Zamri, ketua pengerusi Jawatankuasa Tindakan Program Podium itu berkata: Kami sedar ia program yang besar dam kami seharusnye jujur dan berani dengan apa yang telah dilakukan.

"Kami tidak boleh berselindung dengan alasan yang tidak munasabah."

Hala tuju program itu akan bergantung kepada laporan yang akan disediakan oleh jawatankuasa itu selepas ia dibentangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Meskipun masih menantikan kilauan pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, berdasarkan dua temasya besar terdahulu, iaitu Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Indonesia pada 2018, kontinjen negara gagal menepati sasaran yang ditetapkan.

"Senang untuk merunding jari kepada sesiapa tetapi apa yang penting adalah kita harus melihat apakah tujuan asal (program ini) dan adakah ia masih bersesuaian dengan masa kini dan mencapai tujuan asal yang dtetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara.

"Yang paling penting di sini adalah program ini seharusnya mendapat pulangannya. Kami tidak mahu membazirkan wang rakyat untuk sesuatu program.

"Kami tidak mahu membazir walaupun satu sen," katanya.

Program Podium, yang dibentuk pada 2015, meletakkan misi untuk meraih emas sulung negara dalam Sukan Olimpik Tokyo, namun ia bagai hilang arah tuju apabila selepas menjalani beberapa penstrukturan semula sepanjang lima tahun ini.

"Daripada aspek prestasi, atlet itu sendiri seharusnya bertanggungjawab.

"Ini bukan untuk kepentingan individu tetapi untuk kepentingan negara dan pretasi itu untuk bendera Malaysia bukan untuk dirinya sendiri," tambahnya lagi.