Perak menjadi tuan rumah Kejohanan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) Peringkat Kebangsaan Edisi Ke-9 yang diadakan di Ipoh dari 14 hingga 18 November ini.

Sebanyak tujuh negeri berentap, iaitu Kelantan, Perak, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu dalam sukan teras iaitu acara balapan, bola baling, bola sepak dan sepak takraw.

Menurut Pengarah Pertandingan Acara Balapan dan Padang, Ng Yet Seng, kejohanan ini terbukti berjaya mencungkil bakat dalam kalangan Orang Asli apabila kualiti sukan yang diceburi meningkat tahun demi tahun.

"Banyak rekod kejohanan dipecahkan, khususnya dalam acara balapan. Ini memperlihatkan kesungguhan mereka (atlet) walaupun dari segi sistem latihan, mereka masih kurang pendedahan sebab kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman", ujarnya.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dibiayai oleh Yayasan Bank Rakyat.