Perak muncul juara silambam

Oleh Azizan Hashim 9 Disember 2018 774
Perak muncul juara silambam
Tuan rumah, Persatuan Silambam Malaysia Negeri Perak (PSMNP), muncul juara keseluruhan Kejohanan Silambam Terbuka Perak 2018 yang berakhir di Ipoh, malam tadi.

PSMNP meraih 10 pingat emas, 13 perak dan 11 gangsa untuk mengatasi Persatuan Silambam Korvai Selangor yang memungut sembilan emas, tiga perak dan tiga gangsa. 

Persatuan Silambam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di tempat ketiga (tujuh emas, dua perak, dua gangsa). 

Pingat emas PSMNP disumbangkan oleh Arvind V. Nachiappan melalui kategori lelaki berumur 16-18 tahun bawah 50kg, Thiruchelvam Ariputhiran (lelaki 16-18 tahun bawah 60.1-70.0kg) dan Sundereswaran Chanthirasegaran (kategori lelaki 19 tahun ke atas untuk 50.1-60.0kg).

Turut menyumbang emas ialah Teenthamil Mathiyan Muralidharan (lelaki bawah lapan tahun dan 25kg ke atas), Aarthi Sudarvilhi Partiban (perempuan 9-12 tahun untuk 40kg ke atas ), Akhillesshwaran Vijayan (lelaki 13-15 tahun untuk 50.1-60.0kg) dan Rubanesswaran Vijayan (lelaki 16-18 tahun untuk 70.1kg ke atas).

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Howard Lee Chuan How.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen