Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Sabtu ini.

Aturcara sambutan yang bermula pada jam 7.00 pagi, akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru, acara tahunan ini kali ini disambut dengan konsep asas iaitu 'mudah, murah dan menarik'.

"Konsep seperti ini mampu menggalakkan orang ramai untuk turut serta menghayatinya.

"Selain itu, turut berlangsung 'Anugerah Hari Sukan Negeri' (HSN) khas untuk penggiat sukan di Perak di samping cuba memecahkan rekod 'Malaysia Book of Record' dalam acara sepak raga tuju", tambahnya.

Hari Sukan Negara adalah kemuncak kepada acara Fit Malaysia yang dilaksanakan di seluruh negara, dengan objektif melahirkan lebih ramai rakyat yang sihat dan cergas, sekali gus mampu meningkatkan produktiviti.