Perak Bison anjur klinik sepak takraw

Oleh Azizan Hashim 15 Oktober 2019 483
Perak Bison anjur klinik sepak takraw

Dalam kesibukan menghadapi kempen Liga Sepak Takraw (STL) 2019, Perak Bison tidak lupa melaksanakan program khidmat masyarakat di bawah tanggungjawab sosialnya.

Justeru, Perak Bison  mengadakan klinik sepak takraw untuk kanak-kanak bawah 14 tahun di empat daerah.

Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak (PERSEDAR) Mohd Jaffrey Mohd Zainol, berkata empat daerah itu ialah Bagan Serai, Manjung, Tapah dan Ipoh.

Katanya, program pertama iaitu di Bagan Serai sudah dilaksanakan pada 1 Oktober lalu manakala di  Manjung (22 Oktober), Tapah ( 23 Oktober) dan Ipoh ( 2 November ).

Menurut Jaffrey, program di Bagan Serai disertai lebih 100 kanak-kanak dari 19 sekolah di daerah Kerian, Larut Matang dan Selama dan Hulu Perak.

Beliau berkata semua pemain, termasuk pemain import, Natthawut Naewprom, akan turut serta dalam semua klinik untuk pembangunan sukan sepak takraw negeri.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen