Penolong jurulatih skuad renang, Ho Chiah Liang, memilih untuk melepaskan jawatannya selepas lapan tahun berkhidmat.

Dia sebenarnya mahu beralih angin sejak hujung tahun lalu lagi tetapi memilih untuk kekal.

"Tanggungjawab saya terhadap sukan ini sudah dikurangkan, saya mahu mengembangkan karier, mendapatkan cabaran lebih besar, peluang pekerjaan agar dapat terus maju sebagai jurulatih.

"Pasukan kebangsaan kini dibarisi ramai perenang muda sementara atlet senior sudah pergi maka inilah masa untuk saya melakukan perubahan.

"Saya sudah membuat keputusan ini sejak tahun lagi, iaitu sejurus tamat Sukan SEA Filipina.

"Tetapi saya terus bertahan kerana perenang seperti Phee Jinq En dan Welson Sim ketika itu masih memerlukan tunjuk ajar saya.

"Saya rasa sudah memainkan peranan untuk membantu diri Welson menjadi seperti hari ini, kini terpulang kepada ketua jurulatih dan dirinya sendiri untuk meneruskannya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Bazly Azmi.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (PRM), Mae Chen, mengakui ia sesuatu yang tidak dijangka.

Bagaimanapun, PRM sudah pun mengeluarkan notis di laman sesawang mereka dan akan mula menemu duga calon penggantinya pada bulan depan.
Dia memutusan untuktidak memperbaharuai kontraknya, dia mungkin ada rancangan lain jadi kami perlu menghormati keputusannya.

"Kami bercadang mendapatkan jurulatih bertaraf tinggi untuk membantu pasukan kebangsaan," kata Mae Chen ketika dihubungi.