Peninju Amerika Syarikat (AS), Patrick Day, menemui ajal pada usia 27 tahun berikutan kecederaan otak yang dialami dalam pertarungan dengan Charles Conwel, Sabtu lalu.

Day tumbang dalam pusingan ke-10 ketika membabitkan pertarungan super welter di Chicago itu sebelum terpaksa diusung keluar.

Dia terbabit perlawanan itu bersempena pertembungan heavyweight di antara Oleksandr Usyk dan Chazz Witherspoon. Day kemudian dikejarkan ke Hospital Memorial Northwestern dan diletakkan dalam keadaan koma.

Semalam, penganjur, Lou DiBella, mengumumkan Day telah meninggal dunia dengan berkata: "Patrick Day meninggal dunia pada hari ini, 16 Oktober 2019, kerana mengalami kecederaan otak yang dialami dalam pertarungan di Wintrust Arena, Chicago, Sabtu lalu.

"Dia ditemani keluarga, rakan rapat dan pasukan tinjunya termasuk mentor, rakan dan jurulatihnya, Joe Higgins."