Pengiktirafan bakal lonjak golf Malaysia -- Anwar

Oleh Penulis Jemputan 16 Disember 2019 83
Pengiktirafan bakal lonjak golf Malaysia -- Anwar
Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berpandangan pengiktirafan Yang Dipertuan Agong yang berkenan menjadi penaung diraja mampu mengukuhkan semula objektif jangka masa panjang badan induk itu.

Dengan semangat kesukanan yang dimiliki oleh Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Anwar menjelaskan Seri Paduka mampu menjadi aspirasi dalam kalangan anak-anak muda untuk membangunkan sukan golf.

"Setelah wujudnya MGA, kami tidak pernah memiliki penaung dan masa sudah tiba untuk seseorang individu yang boleh memberikan sokongan terhadap usaha-usaha badan induk ini," katanya.

Sementara itu, MGA bakal menganjurkan semula Kejohanan Golf Terbuka Malaysia selepas empat tahun yang akan berlangsung dari 5 hingga 8 Mac tahun depan.

Terbuka Malaysia kali terakhir diadakan pada 2015 dan tidak diteruskan selepas Maybank menarik diri sebagai penaja utama.

Dalam kejohanan kali ke-55 itu, MGA bekerjasama dengan Winning Master Sdn Bhd dengan menambah beberapa pembaharuan dalam memastikan saingan itu lebih berprestij.

"Kami memberikan peluang kepada pemain golf profesional tempatan untuk bersaing dalam kejohanan kali ini, sekali gus memberikan peluang untuk meraih lebih banyak pengalaman bersaing bersama barisan pemain golf ternama."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen