Penggantungan: Jawatankuasa Tertinggi Sukma bakal tentukan nasib angkat berat 

Oleh Shaiful Shamsudin 6 April 2020 53
Penggantungan: Jawatankuasa Tertinggi Sukma bakal tentukan nasib angkat berat 
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican, bersama Jawatankuasa Tertinggi Sukma akan memperhalusi status sukan angkat berat sama ada kekal dipertandingkan atau digugurkan daripada Sukan Malaysia (Sukma) Johor tahun depan.

Sukan itu sebelum ini sudah pun melalui proses sama apabila ia pada mulanya digugurkan susulan kes doping yang melanda pada 2018, namun diterima semula oleh jawatankuasa itu.

"Isu ini dilakukan oleh tiga individu tetapi kesannya ditanggung semua atlet dan ia menjejaskan sukan ini sendiri.

"Perkara ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tinggi Sukma kerana banyak perkara yang perlu diperhalusi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, pula yakin masa depan sukan angkat berat dalam Sukma Johor tidak akan terancam setelah mempunyai kes yang kukuh untuk diperdengarkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Sukma.

"Saya yakin keputusan (mengadakan kategori angkat berat kekal) kerana ia melibatkan kes sebelum ini hingga pernah menyebabkan PKBM digantung.

"Saya yakin ia tidak akan menjejaskan keputusan yang telah dibuat Jawatankuasa Tinggi Sukma," katanya. 

Angkat berat merupakan antara sukan yang kerap terpalit isu doping disebabkan keperluan atlet sukan itu untuk mendapatkan tenaga.

2018 ialah kemuncak kes doping sukan itu apabila pingat gangsa Sukan Komanwel, Mohd Fazrul Azrie Mohdad, ditarik semula selepas gagal ujian doping.



 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen