Pengalaman di Australia tambah keyakinan Siti Zalina

Oleh Staff Writer 13 Februari 2018 26
Pengalaman di Australia tambah keyakinan Siti Zalina
Atlet senior boling padang negara, Siti Zalina Ahmad, menyifatkan kebiasaan beraksi di Australia memberi keyakinan tambahan buat dirinya dalam misi meraih pingat emas dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.

Siti akan membuat penampilan keenamnya di pentas Sukan Komanwel sejak melakukan penampilan kali pertama ketika temasya itu berlangsung di Kuala Lumpur pada 1998.

Kejayaan meraih emas dalam acara perseorangan wanita dalam edisi 2006 di Melbourne turut menguatkan lagi keyakinannya untuk menghadapi tugasan kali ini yang sekali lagi berlangsung di bumi Australia.

"Aksi pemanas badan di sana baru-baru ini juga memberikan kami keputusan yang baik, jadi perasaan untuk beraksi di sana pada kali ini lebih bagus," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih boling padang negara, Simon Botha, berpuas hati dengan persiapan rapi yang dilakukan kali ini.

Walaupun sasarannya hanya untuk memperbaiki pencapiaan 2014 di Glasgow yang menyaksikan pasukan negara meraih dua perak, Botha tidak menolak kemungkinan skuad kali ini menuai emas.

"Saya rasa kami mengharungi proses persiapan yang lebih kali ini berbekalkan aksi pramusim yang cukup. Kami juga berpeluang untuk beraksi di peringkat antarabangsa, membuatkan kami terus meningkat," ujar Botha.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen