Pendidikan penyelamat Jack Chang selepas bersara

Oleh Penulis Jemputan 13 Oktober 2018 76
Pendidikan penyelamat Jack Chang selepas bersara
Kehidupan dan karier atlet selepas sukan mampu memberikan impak kepada mental dan emosi cukup yang besar dan jika mereka tidak mendapatkan bantuan, kesannya boleh memakan diri bagi masa depan mereka.

Karier sebagai atlet profesional atau sepenuh masa cukup unik. Dalam mencari kejayaan untuk negara dan diri sendiri, kerja keras dalam latihan serta komitmen yang tinggi merupakan faktor di sebalik tabir di atas persembahan yang cemerlang setiap kali turun beraksi di gelanggang.

Bagaimanapun, pernahkah anda memikirkan ke mana pergi serta hala tuju mereka selepas bersara? 

Menamatkan karier dengan pencapaian sebagai juara dunia 2015, meraih tiga emas dalam Kejohanan Dunia Taijiquan (2014, 2016, 2018) dan tiga emas dalam tiga edisi Sukan SEA (2009, 2015, 2017), atlet wushu negara, Loh Jack Chang, mengambil keputusan untuk bersara daripada arena sukan bagi memberikan tumpuan terhadap kehidupan serta keluarga. 

"Kenangan paling manis berkecimpung dalam sukan wushu ini adalah ketika beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Melakukan persembahan demi negara di hadapan penyokong tuan rumah merupakan pengalaman yang sangat indah sepanjang saya bergelar atlet," kata Jack Chang dalam temu bual [email protected] hari ini.

Menyedari waktu untuk bersara daripada sukan itu merupakan satu perkara yang rumit tetapi berbekalkan ijazah sarjana yang diraih ketika menduduki pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), ia membenarkan Jack Chang bersedia untuk meninggalkan dunia sukan.

"Setelah lama dalam sukan wushu, saya mengalami kesukaran untuk melihat masa depan apabila bersara. Ijazah sarjana muda dan sarjana yang diperoleh daripada UPM merupakan tiket saya menghadapi kehidupan tanpa wushu," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen