Pencapaian lalu jadi taruhan Syarul

Oleh Staff Writer 23 Jun 2018 37
Pencapaian lalu jadi taruhan Syarul
Jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, menggalas tugas selaku pengganti terbaik buat Sazali Samad selepas Mr Universe 10 kali itu beralih ke arena profesional.

Syarul berdepan cabaran getir selepas perlu mempertahankan gelaran Mr Asia dan Universe.

Ketiadaan Sazali menyaksikan Syarul atau lebih dikenali dengan panggilan Mike akan menggalas tugas sebagai harapan utama Malaysia.

Dia sudah dua kali muncul Mr Universe kategori fizikal badan dan akan turun selaku atlet pilihan untuk mencatat kejayaan hatrik di Thailand.

Atlit kelahiran Kuala Lumpur itu akan menjalani latihan intensif selepas tamat Aidilfitri bagi mendapatkan bentuk badan terbaik bagi mencabar jaguh dunia.

Bagaimanapun, Mike masih jauh untuk mengejar reputasi Sazali.

"Saya sedar akan cabaran yang dihadapi dan saya sudah mula melalui tekanannya. Diharapkan saya dapat mengulangi pencapaian hebat pada tahun lalu.

"Ramai atlet gembira apabila kejohanan diadakan di Thailand kerana mereka boleh beraksi sambil bercuti, sekali gus membuatkan cabaran sengit," katanya.

Sazali yang berusia 51 tahun sudah 10 kali bergelar Mr Universe dan sembilan kali Mr Asia sebelum dikesan menggunakan bahan terlarang.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk meninggalkan Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) bagi menyertai arena profesional.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen