Pemenang dua emas Sukan SEA mungkin bersara akibat kecederaan 

Oleh Penulis Jemputan 16 Disember 2019 10315
Pemenang dua emas Sukan SEA mungkin bersara akibat kecederaan 
Loh Choon How bersara?

Itu pilihan terakhir yang dimiliki penyumbang dua pingat emas negara dalam kempen Sukan SEA Filipina minggu lalu itu kerana sedang menanggung kecederaan belakang yang serius.

Siapa sangka dua emas yang disumbangkan atlet wushu tersebut sebenarnya ketika dia bergelut dengan kesakitan yang serius di Manila. 

Kesan daripada insiden itu, atlet berkenaan kini terpaksa berdepan dengan kemungkinan untuk bersara dalam masa terdekat.

Presiden Persatuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, menganggap ia satu kehilangan besar buat skuad wushu negara selepas juara dunia, Loh Jack Chang, turut mengambil keputusan untuk bersara tahun lalu.

"Sebaik memenangi pingat emas kedua, dia terbaring mendapatkan rawatan kerana kesakitan di pinggangnya.

"Atlet menderita demi mendapatkan pingat," katanya. 

Jika ia berlaku, ketiadaan Choon How bakal memberi tekanan ke atas kem wushu negara yang kini hanya memiliki tiga atlet bertaraf dunia tatkala mereka menyasarkan lapan atlet yang mampu menyandang gelaran juara dunia sehingga penghujung 2019.

"Kami perlu dapatkan keputusan perubatan dalam menentukan sama ada dia boleh teruskan karier atau bersara."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen