Pemain Manchester United menerima bayaran paling tinggi dalam arena bola sepak, namun ketinggalan di belakang juara Playoff NBA, Cleveland Cavaliers, menurut tinjauan terbaru oleh Sportingintelligence's Global Sports Salaries Survey (GSSS) bagi tahun 2016.

Menurut senarai yang dikeluarkan, United menduduki tempat keempat berbanding tempat keenam tahun lalu dengan purata bayaran gaji setahun mencecah GBP5.77 juta (RM31 juta).

Juara Final Playoff NBA musim lalu, Cavaliers mendahului senarai dengan GBP6.54 juta (RM35.52 juta), diikuti pasukan MLB, New York Yankees (RM31.56 juta) dan Los Angeles Clippers (RM31.39 juta).

Tweet 3

Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama dalam tempoh tujuh tahun penubuhan GSSS United mendahului pasukan bola sepak lain dari aspek pembayaran gaji.

Kehadiran pemain ternama seperti Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba memberi impak terbesar namun United kini sekadar menghuni kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris.

Selain United, hanya Barcelona (RM30.63 juta) dan Manchester City (RM29.44 juta) merupakan pasukan bola sepak yang menghuni senarai 10 teratas.

Daripada 20 pasukan yang disenaraikan, 14 daripadanya merangkumi pasukan NBA.