Pemain ragbi negara cipta nama di Australia

Oleh Ammar Hakim 12 Julai 2020 424
Pemain ragbi negara cipta nama di Australia
Lawrence Petrus atau nama timangannya Sabahan Bulldozer, pemain ragbi negara yang keempat mencapai impian beraksi di luar negara apabila dia membantu Universiti Australia Barat meraih kemenangan kedua Liga Ragbi Australia Barat.

Setelah mengecapi kejayaan cemerlang dalam negara, Lawrence melebarkan sayapnya ke Australia, kini beraksi dengan pasukan University of Western Australia, pemain kelahiran Sabah tersebut telah pun menikmati kemenangan kedua berturut-turut dalam Liga Fortescue, menewaskan West Scarborough 33-32, dan Waneroo Districts 36-29.



"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Kami mahukan aksi yang konsisten bagi aksi akan datang dan saya turut bergembira dengan prestasi diri sendiri dalam perlawanan ini," kata Lawrence.

"Saya sangat berbangga dengan peluang saya untuk dapat beraksi di luar negara untuk keluar daripada zon selesa dan saya percaya ia dapat meningkatkan lagi kemampuan saya."

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan pemain Malaysia pertama bermain dalam liga tersebut, kesungguhan yang ditampilkan oleh Lawrence pastinya akan menjadi pembakar semangat buat pemain muda negara untuk terus mengintai peluang beraksi di luar, pada masa akan datang.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen