Tujuh lagi rekod acara olahraga diperbaharui pada hari kedua Para Sukma Perak 2018 di Stadium Perak, hari ini.

Acara-acara itu adalah lompat jauh lelaki F37, lompat jauh lelaki F12, 400 meter lelaki T12, T20, T37 dan T47 serta 1,500 meter lelaki T20 untuk menjadikan jumlah 17 rekod baru, setakat ini.

Rekod baru pertama hari ini dihasilkan Jacklon Ganding dalam acara lompat jauh lelaki F37.

Atlet dari Sabah itu melompat sejauh 5.39 meter ketika mengatasi catatan lama 4.63 meter.

Turut diperbaharui ialah rekod lama acara lompat jauh lelaki F12.

Wong Kar Gee dari Sabah menghasilkan lompatan dengan jarak 6.72m berbanding catatan lama 6.68m.

Atlet negara, Muhammad Afiq Ali Hanafiah, memperbaharui rekod acara 400m lelaki T12 (cacat penglihatan) ketika meraih pingat emas keduanya.

Afiq yang turut meraih emas 100m buat Johor semalam, mencatat 55.51s berbanding catatan lama 56.57s.

Seorang lagi peserta Johor, Nasharudin Mohamad, memperbaharui catatan acara 400m lelaki T20 (maslah pembelajaran) dengan catatan 50.51s berbanding catatan lama 50.84s.

Atlet Kelantan, Muhammad Johan Abd. Rahman, memperbaiki catatan lama acara 400m lelaki T37 (cerebral palsy standing) dengan kepantasan 61.04s berbanding 66.54s sebelum ini.

Muhamad Fahmin Fathi Zulkifli memecahkan rekod lama acara 400m lelaki T47 (cacat anggota atas pinggang) dengan masa 53.99s, mengatasi catatan lama 57.77s untuk meraih pingat emas peribadi keduanya.