Para Sukma: Sarawak mendahului saingan hari kedua

Oleh Azizan Hashim 26 November 2018 138
Para Sukma: Sarawak mendahului saingan hari kedua
Juara bertahan, Sarawak, mula mengorak langkah  apabila mengambil-alih kedudukan selaku pendahulu pada hari kedua saingan Para Sukma Perak 2018.

Kontinjen Negeri Bumi Kenyalang itu meraih 11 pingat emas, 10 perak dan sembilan gangsa melalui acara powerlifting dan olahraga, hari ini.

Bagaimanapun, Sarawak dicabar hebat kontinjen tuan rumah yang mengekori rapat dengan 10 emas, lapan perak dan lapan gangsa manakala Sabah di tempat ketiga dengan tujuh emas, 11 perak dan enam gangsa.

Selangor mengutip tujuh emas, tiga perak dan tujuh gangsa di kedudukan keempat.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (6,6,3), Johor (4,7,13), Kedah (4,6,6),Terengganu (4,3,8), Kelantan (4, 3,6) dan Pahang (4,0,1).

Sementara itu, Perlis, Negeri Sembilan,  Pulau Pinang, Melaka dan Labuan menghuni kelompok bawahan.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen