Para Sukma pentas awal ketengahkan bakat atlet -- Syed Saddiq

Oleh Azizan Hashim 23 November 2018 82
Para Sukma pentas awal ketengahkan bakat atlet -- Syed Saddiq
Sukan Para Sukma Perak 2018 dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh, sebentar tadi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Belia dan Modal Pembangunan Modal Insan Negeri, Howard Lee Chuan How, yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. 

Majlis pelancaran temasya dwi-tahunan edisi ke-19 itu berlangsung penuh warna-warni selama hampir satu setengah jam. 

Majlis bermula dengan perarakan masuk semua kontinjen.

Sebanyak 15 pasukan, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, mengambil bahagian. 

Ia diikuti bacaan doa serta ucapan daripada Menteri Belia dan Sukan. 

Syed Saddiq kemudian menerima obor daripada enam atlet para yang mewakili negara dalam pelbagai kejohanan.

Mereka terdiri daripada anak jati Perak. 

Beliau kemudian melakukan gimik perasmian dengan menyalakan sumbu meriam yang mengeluarkan pancaran laser bagi menyalakan obor berbentuk keris. 

Seterusnya ialah bacaan ikrar dan upacara menaikkan bendera kejohanan.

Syed Saddiq dalam ucapannya berkata Para Sukma adalah pentas awal mengetengahkan atlet sebelum sampai ke peringkat tertinggi. 

Katanya, atlet-atlet para telah berjaya mengharumkan nama negara dengan mencapai kejayaan dalam Sukan Para Asia Indonesia, bulan lalu. 

Justeru, beliau berharap peserta dalam kejohanan di Ipoh ini akan menunjukkan jati diri serta komitmen yang tinggi. 

"Anda adalah insan istimewa kerana mampu melakukan apa yang orang biasa tidak dapat buat," katanya.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen