Pandelela-Mun Yee bergandingan November ini

Oleh Ammar Hakim 28 Ogos 2020 72
Pandelela-Mun Yee bergandingan November ini
Penerjun negara, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong akan bergandingan semula buat kali pertama sejak Mac lalu menjelang kejohanan atas talian anjuran Persekutuan Renang Malaysia, November ini.

Ia menjadi bayangan gandingan itu akan dikekalkan hingga Sukan Olimpik Tokyo, tahun depan.

Mun Yee ditimpa kecederaan belakang sejak minggu lalu namun tidak menghalang untuk mengesahkan penyertaan pada kejohanan atas talian Malaysia swimming.

Dia akan beraksi bersama Pandelela dalam acara 10 meter platform terjun seirama -- gandingan pertamanya dalam tempoh lapan bulan.

Mereka memiliki reputasi selaku naib juara dunia namun pingat bukan keutamaan pada kejohanan atas talian, November depan.

"Saya akan menyertai acara 10m serirama bersama Pandelela. Sasaran kami adalah memperbaiki terjunan dalam saingan ini," kata Mun Yee.

"Kami telah banyak melakukan latihan kecergasan, kami berharap apa yang telah diusahakan dapat memperbaiki prestasi kami."

Kejohanan atas talian itu bakal disertai beberapa negara gergasi seperti Australia dan Kanada sekali gus menjadi penanda aras menjelang kelayakan terakhir Olimpik Tokyo, April tahun depan.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen