Pandelela, Fitri buktikan sukan, pengajian mampu seiring

Oleh Penulis Jemputan 23 Oktober 2018 1306
Pandelela, Fitri buktikan sukan, pengajian mampu seiring
Tiada yang mustahil untuk menggenggam segulung ijazah ketika karier sebagai atlet kekal di kemuncak ketika penerjun negara, Pandelela Rinong dan pemain hoki, Mohammad Fitri Saari, diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM), hari ini.

Pandelela dan Fitri berjaya menamatkan pengajian untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan UM selepas bergelut selama lebih lima tahun.

Ternyata, satu kelainan dirasai apabila diraikan dalam istiadat konvokesyen selepas mengharungi tahun yang mencabar berdepan dua temasya besar dalam Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Indonesia.

Namun, kejayaan itu membuktikan tiada yang mustahil buat seorang atlet untuk tidak hanya dipandang ketika beraksi dalam kejohanan, malah turut dipandang tinggi selaku graduan cemerlang.

"Banyak cabaran yang perlu saya hadapi sebagai atlet dan pelajar. Tetapi kejayaan menggenggam ijazah ini merupakan hasil yang tidak putus asa," kata Pandelela.

"Saya menujukan kejayaan meraih ijazah ini untuk ibu saya yang telah berusaha untuk menghantar saya ke Sekolah Sukan Bandar Penawar (kini dikenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail)," kata Fitri.

Selain Pandelela dan Fitri, dua lagi atlet yang turut menerima ijazah adalah atlet taekwondo, Ryan Chong Wy Lunn dan pemain futsal, Nurul Atiqah Zaifulizan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen