PABM digesa usah bertangguh umumkan keputusan isu doping

Oleh Shaiful Shamsudin 10 November 2016 0
PABM digesa usah bertangguh umumkan keputusan isu doping
Bekas Timbalan Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Ahmad Janius Abdullah, meminta badan induk itu mencontohi sukan memanah dan tinju yang sudah menyelesaikan kes doping dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak sedangkan PABM sendiri beberapa kali menangguhkan pengumuman hukuman. 

PABM masih menangguhkan pengumuman walaupun siasatan isu doping itu sudah selesai Sabtu lalu. 

Atlet Pahang, Khairul Anuar Mohamad, yang meraih dua pingat emas Sukma Sarawak, mendakwa tidak sengaja mengambil makanan tambahan yang mengandungi steroid.

Ia sepatutnya memudahkan tugas PABM, namun badan induk itu terus berdiam diri. 

"Sepatutnya kalau sudah ada pendengaran atau keputusan dibuat, tiada masalah untuk mereka mengumumkan keputusan yang telah dibuat semasa sesi pendengaran supaya atlet atau penggemar sukan ini tidak tertanya-tertanya hala tuju kes ini," ujar Ahmad Janius. 

Ini kes ketiga membabitkan atlet angkat berat negara yang positif doping tahun ini. Terdahulu, Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan digantung dua tahun kerana positif steroid ketika menjalani kem latihan pusat di China. 

Bagaimanapun, nasib Khairul Anuar belum dapat dipastikan. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen