Olahraga: Rekod dunia 200m Lyles dibatalkan 

Oleh Shaiful Shamsudin 10 Julai 2020 578
 Olahraga: Rekod dunia 200m Lyles dibatalkan 
Noah Lyles menyangka dia telah memecahkan rekod dunia 200 meter semalam, tetapi kegembiraan pelari Amerika Syarikat (AS) itu tidak lama selepas jarak lariannya didapati tidak cukup. 

Lyles, mengungguli kejohanan Sukan Isprirasi di Florida itu, apabila melintasi garisan penamat dengan catatan 18.90 saat.


 

Sebaik rekod 19.19s milik Usain Bolt -- dilakarnya dalam Kejohanan Dunia 2009 -- dipecahkan, pengulas BBC, Steve Cram, antara yang tampil mempersoalkan catatan itu.

"Ia tidak tepat," kata Cram. 

"Bahkan dia mengangkat tangan di udara kerana terpinga-pingat dengan apa yang berlaku."

Tanda tanya itu kemudian terjawab selepas jarak larian Lyles dikesan kurang 15m berbanding trek pencabar yang lain ekoran kesilapan lorong. 

Malah, atlet berusia 22 tahun itu terlepas hadiah kemenangan berjumlah $10,000 (RM42,670) kepada Christophe Lemaitre yang merakamkan 20.65s dalam perlumbaan di Letzigrund, Switzerland. 

Lyles menciap: "Anda tidak boleh mempermainkan emosi saya seperti ini. Saya didapati berlari di lorong yang salah (menggelengkan kepala)."


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen