Olahraga para: Afiq pernah jadi tukang urut

Oleh Penulis Jemputan 15 Julai 2020 159
Olahraga para: Afiq pernah jadi tukang urut
Di sebalik waktu sukar yang sedang dialami atlet negara beikutan pandemik COVID-19, jaguh olahraga para negara, Afiq Ali Hanafiah, tetap bersyukur sambil mengimbau kesukaran dirinya yang pernah menjadi tukang urut sebelum bergelar atlet.

Hidupnya berubah 360 darjah sebaik diterima menjadi atlet elit olahraga para negara pada 2016.

Afiq mengakui hidupnya dahulu jauh lebih perit, di mana dia terpaksa berkhidmat sebagai tukang urut di ibu kota pada sebelah pagi dan mengulangi rutin yang sama di Cheras pada sebelah malam demi pendapatan harian, yang adakalanya hanya sekadar RM20.

"Dulu menjadi tukang urut memang sangat mencabar kerana susah untuk mendapatkan pelanggan. Lebih mencabar lagi apabila duduk di Kuala Lumpur bersendirian dan bukannya bersama keluarga, jadi untuk  saya mendapatkan pendapatan tetap sangat susah," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Adam Zamri.

Afiq sebenarnya aktif dalam sukan sejak 2010 dan pernah mewakili Johor dalam Sukan Para Malaysia pada tahun yang sama.

Dia menanti selama lima tahun sebelum dipilih pleh ketua jurulatih, R. Jeganathan, untuk menyertai skuad para negara untuk menjadi sandaran pingat dalam setiap kejohanan yang disertainya.

"Dalam masa sama, saya menjadi atlet untuk pasukan negeri saya.

"Selepas saya melakukan yang terbaik dalam Sukma Para di Pahang,  jurulatih nampak nampak potensi dan memanggil saya untuk diserapkan ke dalam pasukan Malaysia," tambahnya.

Afiq kini sedang giat memburu penampilan pertamanya dalam Sukan Paralimpik Tokyo tahun depan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen