Khabib Nurmagomedov akan berdepan Justin Gaethje dalam pertembungan 24 Oktober ini, perkara itu disahkan oleh Dana White.

Terdapat spekulasi mengenai Khabib akan bersara selepas bapanya meninggalkan dunia di usia 57 tahun, namun pengurus petinju MMA kelahiran Russia itu menolak dakwaan tersebut.

Gaethje meraih perlawanan ini selepas mengatasi Tony Ferguson di UFC 249 untuk meraih gelaran sementar selepas Khabib terpaksa menarik daripada perlawanan tersebut ekoran sekatan perjalanan ekoran pandemik koronavirus.

Presiden UFC, White berkata petinju kelahiran Amerika Syarikat itu akan menjadi lawan seterusnya buat Khabib apabila dia kembali ke Oktagon dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

"Ia akan berlaku, memberitahu kepada anda sekarang. Perlawanan ini akan berlaku," kata White kepada CNN.

"Khabib lawan Gaethje, 24 Oktober."

White berkata Khabib mengharungi saat sukar apabila kehilangan bapa, Abdulmanap, atas komplikasi berikutan jangkitan Covid-19.

"Sukar buat dirinya. Bapanya dilihat sebagai wira, mereka memiliki hubungan yang sangat rapat."

Khabib, yang memenangi kesemua 28 pertembungan profesional, mengatasi Dustin Poirier ketika UFC 242 September lalu.