Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mempunyai hujah tersendiri mengenai pendekatan mereka mengutamakan penembak muda dalam barisan terbaru skuad negara.

Badan induk itu melakukan kejutan apabila menyingkirkan sebahagian besar atlet senior untuk memberikan laluan buat penembak muda ke dalam program Majlis Sukan Negara (MSN) selepas berakhirnya Sukan SEA Filipina tahun lalu.

Ahli Jawatankuasa NSAM, Datuk Musa Omar, berkata: "Kami sudah mengambil penembak pelapis negara. Kami akan mencari penembak senior berdasarkan pertandingan tahun ini untuk dipilih mewakili negara Dalam Sukan SEA Vietnam tahun depan.

"Kerana dalam Sukan SEA, semua acara akan dipertandingkan.

"Penembak muda yang kami cari sekarang ini adalah untuk (acara) air rifle dan air pistol sahaja.

"Kerana kami rasa mereka boleh dilatih dengan lebih baik untuk mencapai kejayaan di peringkat Sukan SEA," katanya.