Pelari pecut negara, Nixson Kennedy, hanya mempunyai satu cara untuk membuktikan bahawa pendiriannya untuk kekal di bawah tunjuk ajar Ithnin Mahadi merupakan satu keputusan tepat.

"Saya berjanji bahawa ini merupakan satu keputusan yang tepat.

"Saya akan buat catatan peribadi terbaik pada tahun depan.

"Tahun ini saya sebenarnya mahu mencapai 10.30 saat seperti yang dilakukan Watson Nyambek ataupun berlari lebih pantas daripada itu.

"Di Sarawak, Jonathan Nyepa telah melakukan 10.28s manakala larian terbaik saya pula 10.43s jadi saya mahu pencapaian seperti mereka," katanya ketika menjalani latihan di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil.





Biarpun mempertaruhkan jurulatih tempatan, Nixson percaya dia masih mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.

"Saya memilih jalan tersendiri untuk berjaya.

"Tidak semestinya kita boleh berjaya dibimbing orang luar, malah dengan kepakaran tempatan sekalipun, kita masih boleh berjaya."