Nicol teruja untuk kembali ke gelanggang

Oleh Penulis Jemputan 19 Disember 2019 196
Nicol teruja untuk kembali ke gelanggang
Datuk Nicol Ann David berkongsi apa yang bakal menemui peminat skuasy tanah air menerusi penganjuran pertunjukan khas di bawah inisiatif 'The Dream Remains' yang akan berlangsung di Bukit Jalil hari ini dan esok.

Siri utama pertunjukan itu akan menampilkan empat pemain dalam kalangan bintang ternama dunia.

Selain pemain nombor satu negara, Low Wee Wern, turut tampil dalam aksi selama dua hari itu adalah bintang England, Sarah Jane Perry.

Dalam masa sama, Nicol turut berkongsi pandangan mengenai penampilannya yang terhad menentang pemain remaja.

"Setakat ini, kami sangat gembira. Diharapkan peminat di Malaysia akan hadir dan saya akan beraksi menentang pemain remaja, jadi ia lebih menarik," katanya.

"Ini adalah impian saya untuk memulakan acara sebegini dan tentunya kami mahu mengadakannya secara tahunan jika boleh."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen