Juara dunia lapan kali dan juara tiga kali skuasy Terbuka Amerika Syarikat, Datuk Nicol David, dikejutkan oleh pemain Hong Kong, Annie Au, dalam pusingan kedua, pagi tadi.

Lebih memeritkan, ia kekalahan pertama Nicol kepada Annie. Selepas tewas dalam dua set pertama, ratu skuasy negara itu bangkit untuk mengheret pertarungan ke set penentuan, namun ia tidak cukup untuk menyekat kemaraan Annie yang menang 5-11, 5-11, 12-10, 11-8, 7-11.

Untuk rekod, ini kekalahan kedua Nicol kepada pemain Asia tahun ini selepas tewas kepada Joey Chan, juga dari Hong Kong, dalam Kejohanan Sukan Dunia, Julai lalu.