Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, menempah tempat di separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wadi Degla di Kaherah, Mesir, selepas menewaskan wakil tuan rumah, Nour El Tayeb, 3-1.

Pertarungan yang berlangsung kira-kira satu jam itu memaksa Nicol, pemain kelahiran Pulau Pinang, bekerja keras untuk menewaskan lawannya, Nour, 6-11, 12-10, 11-8, 11-8, untuk memastikan kemaraannya ke separuh akhir.

Nicol bakal berhadapan dengan seorang lagi wakil dari Mesir, Raneem El Welily, dalam pusingan separuh akhir yang berlangsung pada Jumaat, selepas Raneem menewaskan Donna Urquhart dari Australia, 14-12, 7-11, 11-3, 11-9 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.