Peninju profesional Tanzania, Pascal Ndomba, kelihatan lesu kerana tidak cukup rehat gara-gara masalah imigresen, namun masih yakin untuk menumbangkan jaguh negara, Farkhan Haron, dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Iskandar Puteri malam ini.

"Saya sudah bersedia untuk berdepan Farkhan.

"Saya masih cergas dan saya akan menumbangkannya.

"Dia akan KO dalam pusingan kelapan.

"Saya masih cergas, saya sudah berlatih sejak dua bulan lalu dan sudah bersedia."

Ndomba, yang digelar 'Mike Tyson Afrika' menambah: "Saya akan memenangi pertarungan ini kerana saya lebih berpengalaman.

"Saya sudah melalui pelbagai pertarungan peringkat antarabangsa," katanya.


Editor: Muzaffar Musa