LeBron James memimpin The Los Angeles Lakers selangkah lebih hampir untuk meraih kejuaraan NBA buat pertama kali dalam tempoh sedekad selepas meraih kemenangan 102-96 dalam Perlawanan 4 ke atas Miami Heat.

James sekadar meraih lapan mata dalam separuh masa pertama tetapi bekas bintang Miami itu memungut 20 mata untuk merekodkan 28 mata, 12 rebound dan lapan assist untuk memastikan Los Angeles mendahului 3-1 dalam saingan siri tujuh perlawanan aksi NBA Finals.

Anthony Davis (22 mata) memainkan peranan sokongan, sementara Kentavious Caldwell-Pope (15 mata) melakukan beberapa lontaran penting bagi memastikan Lakers mendahului daripada dua mata kepada tujuh mata ketika permainan berbaki tujuh minit.

Bintang Miami, Jimmy Butler, muncul pemain terbaik pasukan dengan 22 mata, sementara pemain muda, Tyler Herro (21 mata) dan Duncan Robinson (17 mata) berusaha memastikan peluang Heat kekal bersinar di Orlando, Florida.