NBA: Davis sempurnakan kemenangan dramatik Lakers

Oleh Ammar Hakim 21 September 2020 69
NBA: Davis sempurnakan kemenangan dramatik Lakers
Anthony Davis melakukan balingan tiga mata di saat akhir permainan ketika Los Angeles Lakers mengatasi Denver Nuggets 105-103 dalam Perlawanan 2 final Western Conference.

Ketinggalan 103-102, balingan tiga mata Davis di saat akhir meleburkan harapan Denver dan membenarkan Lakers mendahului 2-0 dalam tujuh akhir terbaik siri playoff NBA di Orlando, Florida sebentar tadi.

Nuggets yang beraksi selaku pilihan ketiga, menjadi pasukan pertama dalam sejarah NBA bangkit daripada ketinggalan defisit 3-1 untuk memenangi siri playoff dua kali sebelum mara ke final Conference, hanya memerlukan sedikit sahaja lagi masa untuk menyamakan kedudukan di Walt Disney World Resort.

Bintang Nuggets, Nikola Jokic melakukan balingan ketika perlawanan berbaki 20.8 saat untuk membenarkan Denver mendahului permainan ke atas pilihan utama, Lakers.
 

Jamal Murray turut bertahan dengan cemerlang untuk Nuggets, menghalang percubaan Danny Green ketika perlawanan dihentikan pada 2.2 saat.

Tanpa waktu rehat dengan masa yang semakin tiba di penghujung, Davis cemerlang mencari peluang dengan mendapatkan hantaran Rajon Rondo untuk melakukan balingan tiga mata sekaligus menyaksikan Lakers menang dan mendahului siri Final 2-0.

Davis menamatkan perlawanan dengan 31 mata dan sembilan rebound, sementara rakan sepasukan LeBron James mengutip 26 mata dan 11 rebound.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen