The Boston Celtics kekal dalam saingan NBA playoff selepas menang 121-108 ke atas Miami Heat dalam Perlawanan 5 Eastern Conference finals.

Jayson Tatum (31 mata dan 10 rebound) mengangkat Celtics di Walt Disney World Resort sebentar tadi apabila berjaya mengurangkan kelebihan Miami yang kini mendahului siri saingan 3-2.

Kemenangan itu hadir selepas Miami mempamerkan permulaan yang lebih cemerlang dan dalam satu peringkat dalam perlawanan, mendahului 12 mata.

Tatum meraih 17 mata dalam suku ketiga ketika The Celtics bangkit untuk menang sekaligus kekal dalam saingan playoff.