Natasha mahu timba pengalaman berharga

Oleh Penulis Jemputan 3 Oktober 2017 49
Natasha mahu timba pengalaman berharga
Pemain golf muda tanah air, Natasha Andrea Oon, sedia memberikan kejutan dalam saingan Sime Darby LPGA yang bakal bermula pada 26 Oktober ini.

Natasha mula mencipta nama ketika berusia 12 tahun, jadi ia bukanlah satu kejutan buat peminat golf negara yang mengikuti perkembangan sukan ini.

Tetapi kejayaannya mendominasi kelayakan untuk beraksi dalam pusingan utama kejohanan ini bulan lalu akan memberikan peluang untuk dia mempamerkan bakat dengan lebih meluas.

"Pengalaman beraksi dalam kejohanan ini sangat penting kerana ia akan memberikan peluang untuk saya menjadi pemain golf yang lebih cemerlang pada masa akan datang," kata Natasha.

Lapangan beprestij TPC Kuala Lumpur kekal menjadi medan bagi Malaysia menikmati aksi golf berkualiti.

Bagi Natasha sendiri, lapangan ini juga adalah penentu sama ada dia menyinar atau tenggelam di sebalik perhatian pelbagai pihak dan pemain lebih berpengalaman.

"Saya tidak melihat kepada mana-mana pemain golf yang lain. Saya hanya memberikan tumpuan kepada permainan saya sepanjang kejohanan ini."

Baru berusia 16 tahun, masih banyak yang boleh dipelajari oleh gadis dari Kuala Lumpur ini dan sepanjang 2017, Natasha cukup cemerlang dengan tersenarai dalam kelompok 32 remaja terbaik dalam Kejohanan di Amerika Syarikat.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen